7000s
auto
Saturday, December 14, 2013
Kenapa Anda Perlu Memilih Samsung Galaxy J Berbanding IPhone 5S
Menurut laporan daripada pelancaraan di Taiwan, mereka berkata bahawa Galaxy J ini mempunyai potensi dan sebab yang baik untuk dibeli. Walaupun iPhone 5S adalah salah satu daripada senarai TOP 5 telefon pintar yang terpilih, Galaxy J ini masih mampu menawan hati anda. Walaupun ianya masih tidak boleh didapati di Malaysia, dan hanya buat masa ini, hanya ditawarkan di Taiwan dan Jepun. Namun anda tidak perlu risau kerana ianya akan dijual kepada seluruh pasaran dunia.
Kembali balik kepada apa yang saya ingin memberitahu anda, iaitu 5 sebab mengapa Samsung Galaxy J perlu diutamakan berbanding iPhone 5S
1. Bahan yang digunakan lagi bagus
Disini kita boleh menyatakan bahawa faktor seseorang itu memilih iPhone daripada telefon Samsung adalah kerana rekaan dan bahan yang digunakan. Ramai beranggapan bahawa reka bentuk aluminium lebih baik daripada plastik “murah” yang bersinar (Faux leather). Tetapi perkara ini telah berubah apabila Samsung melancarkan telefon pintar yang pertama menggunakan bahan besi. Dengan ini anda tidak perlu risau lagi tentang kualiti bahan yang diguna. Apabila anda telah merasai peranti ini, anda akan berasa Galaxy J tidak boleh ditewaskan oleh iPhone 5S.
2. Skrin paparan yang lebih besar
Galaxy J mempunyai keseimbangan terhadap saiz paparan yang lebih besar dan lebih memuaskan dengan pengalaman multimedia, namun ianya tidak di kategorikan sebagai phablet. Bermain game dan melihat video merupakan antara kegunaan utama sesebuah peranti mudah alih . Dengan skrin paparan yang kecil, kedua perkara tersebut pasti sedikit mengecewakan. Adakah anda pernah merasa, bermain game ataupun melihat video menggunakan Galaxy S4 atau skrin paparan yang lebih besar? Kemudian cuba anda menggunakan iPhone 5s/5. Adakah anda mencapai tahap kepuasan yang sama?
3. Mempunyai spesifikasi yang baik
Apa yang kita biasa lihat pada telefon pintar hari ini, Galaxy J telah disenaraikan pada salah satu peranti yang mempunyai kuasa besar dan bagus berbanding apa yang kita dapat lihat pada iPhone 5S (Secara teori). Galaxy J mempunyai spesifikasi sama seperti Galaxy Note 3. Galaxy J mengalahkan iPhone 5S dengan tiga kali ganda lebih besar RAM (3GB vs 1GB) dan lain juga ianya mempunyai pemproses quad-core manakalah 5S mempunyai pemproses dual-core. Oleh kerana ini, kita tidak boleh mengatakan cip iPhone 5S A7 lebih bagus daripada Galaxy J, kerana ianya dijana oleh Qualcomm Snapdragon 800, cip yang terhebat yang boleh didapati pada telefon pintar Android.
4. Kamera Lebih Bagus
Sebagai permulaan, Galaxy J dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapiksel bersama resolusi 4128x3096p ( VS iPhone 5S 3264x2448p ). Ianya juga mempunyai OIS (Optical Image Stabilization) dan mampu merakam video pada 2160p@30fps. Kamera 8-MP iSight untuk iPhone 5S tidak dilengkapi dengan OIS dan ianya hanya mampu merakam video pada 1080p@30fps, dan kamera hadapan ialah 2-megapiksel berbanding 1.2-megapiksel pada iPhone 5S.
5. OS Android mempunyai kelebihan sedikit kelebihan berbanding iOS
Ya anda betul, dengan sistem operasi terbaru Apple iOS 7, ianya membuat iOS kelihatan lebih menarik dan mengagumkan. Dari itu mari kita lihat apa yang Android mampu bersaing. Seperti biasa melalui aplikasi yang diinginkan, Android mempunyai banyak aplikasi yang percuma manakala iOS banyak yang perlu dibayar. Android juga boleh mengubah UI telefon pintar anda mengikut keinginan anda manakala tidak banyak yang anda boleh ubah pada iOS 7. Adakah anda boleh menambah widget yang anda mahukan? Adakah ini berbaloi untuk anda mendapatkan? Harga iPhone 5S di Malaysia adalah RM2,399 manakalah setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga Galaxy J.
Antara dua peranti yang hebat ini Galaxy J dan iPhone 5S, yang manakah akan menjadi pilihan anda? – Menunggu ketibaan Galaxy J di Malaysia? – Atau membeli iPhone 5S yang sedia ada?
source: mobile88
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2000s
Sila LIKE untuk terus membaca. TQ :)
Advertise Here
Recent Posts
Add to Circle
Popular Posts
-
Samsung Galaxy J yang dilancarkan beberapa hari yang lalu di Taiwan kini disebut-sebut sebagai antara telefon pintar terbaik di pasaran du...
-
Assalamualaikum, apa khabar? tiga hari lepas sy ada share dengan anda cara hack game pada android di mana ia memerlukan 'user permission...
-
Berapa banyak laman web aktif didaftarkan sebagai tahun 2013? Dianggarkan 726 Juta Web Aktif di web untuk tarikh Berapa domain didaftarkan s...
-
Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni...
-
ALFA AWUS036NHA Atheros AR9271 Wireless B/G/N USB Adapter fungsi utama : 1. meningkatkan lagi kekuatan isyarat wireless anda sebanyak 5 kal...
-
Jadi, Apple secara rasmi melancarkan dua telefon, iPhone 5s dan 5c secara rasmi dengan sistem operasi baru, ketahanan bateri dua kali lebih...
-
Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.Nabi bersabda, "Allah swt meli...
-
Assalamualaikum, article kali ini sy ingin kongsikan dengan anda cara hack Despicable Me: Minion Rush Hack tanpa memerlukan root atau pun s...
-
Assalamualaikum, apa khabar readers and visitor CL. Macam mana puasa korang, ok? Ke dah ada yang KO? Anda pernah x main game Candy Crush S...
-
Gru’s loyal, yellow, gibberish-speaking Minions are ready for their toughest challenge in Despicable Me: Minion Rush. Play as a Minion and c...
Follow on FaceBook
Categories
- Android
- Android Tricks
- Anonymous
- Anti Virus
- Blogger Tutorial
- Copy Paste
- Dari Kepala Otak Aku
- Facebook Tool
- Facebook Trick
- Free Android Apk
- Galaxy
- General
- Get Acces Token Facebook
- Google Script
- GPS
- Hacking
- Help
- Info
- International
- iPhone Bug
- Islamic
- Joking
- MYNIC
- Rooted
- Samsung
- Script
- SGS3
- Software
- Tip's and Trick's
- Tutorial
- Tv Online
- Un-Root
- Video Tutorial
Perbandingan yang menarik. Persaingan yang sihat..akan membuatkan pengguna membuat pilihan yang tepat..dari www.tepakku.com
ReplyDelete:)
ReplyDeletesamsung j akan masuk pasaran malaysia ke?
ReplyDeleteReleased October, 2013, Only Japan, International Version coming Soon
Deleteulasan yg bagus..
ReplyDelete