Showing posts with label Software. Show all posts
Showing posts with label Software. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Make Recovery Partition For Lazy People


Assalamualaikum, entry ini khas buat mereka yang malas untuk re-install windows, kaedah ini lebih mudah kerana anda tidak perlu install semula driver dan software. 

Konsepnya mudah sahaja, sekiranya anda membuat proses recovery ini dalam keadaan windows yang masih lagi berfungsi denga baik, maka hasil restore nya juga sama seperti mana waktu anda membuat recovery image ini. Tetapi jika sebaliknya, faham2 sendiri lah. "bertindak sebelum terlambat" Saksikanlah :-

Saturday, December 14, 2013

Mari Mengenali Storan USB Tiruan

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!

Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.

Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendriveoriginal kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Tipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Setelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu filedi dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

sumber: amanz

Wednesday, December 11, 2013

[FREE] PAPAGO! GPS Navigation SG&MY


Assalamualaikum para pengunjung blog [CL]
Pada article yang bertarikh 22/4/2013 sy telah kongsikan dengan anda software GPS Papago M9 Dengan kesempatan yang ada ini sy ingin berkongsikan dengan anda satu lagi aplikasi yang di berbaharui seperti fix masalah paparan skreen tidak penuh. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini berharga US$29.99 pada GooglePLAY. Sekiranya anda memerlukan software GPS yang percuma untuk android phone anda memang tepatlah dengan keberadaan anda pada article ini.

Preview Screen Capture [Google Image]








Note: After finish install, u need to download external data -/+ 400mb

Wednesday, November 27, 2013

Cara Reset Produk Kaspersky


Kaedah ini telah sy uji pada Kaspersky Internet Security 2013 dan ia work perfectly. Sebagai prove tengok screen shot ini


Untuk pengetahuan anda, untuk produk trial dari Kaspersky ia hanya memberi tempoh selama 30 hari sahaja. Walaupun tempoh percubaan anda telah tamat, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk mengembalikan produk ini aktif semula. Jom follow tutorial ini.

Langkah 1 - Matikan fungsi self defense 


Buang Tanda 'Tick' Untuk Disable
Langkah 2 - Exit KIS2013 dari tray.


Langkah 3 - Sekarang pilih salah 1 code reg ini mengikut sistem operasi anda. Kemudian paste dekat notepad dan save as xxx.reg (gantikan xxx dengan nama ape2)

For x64 systems:
Windows Registry Editor Version 5.00

[-HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\SystemCertificates\SPC\Certificates]

[-HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Wow6432Node\KasperskyLab\protected\LicStorage]

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Wow6432Node\KasperskyLab\protected\AVP14.0.0\settings]
"Ins_InitMode"=dword:00000001

For x86/x32 systems:
Windows Registry Editor Version 5.00

[-HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\KasperskyLab\protected\LicStorage]

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\KasperskyLab\protected\AVP14.0.0\settings]
"Ins_InitMode"=dword:00000001

[-HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\SystemCertificates\SPC\Certificates

Langkah 4 - Restart komputer anda, cepat2 tekan F8 berulang kali sehingga keluar pilihan option safe mode. Sila pilih safe mode.

Langkah 5 - Apabila dah masuk safe mode, pegi dekat start, click run, taip regedit, then enter.


Tekan Import, Cari File xxx.reg  Tadi.
Langkah 6 - Apabila dah selesai import, terus close dan restart komputer anda. Finish...


Note: Kalau tak suka cara ini, sila beli Original Product. Terima kasih
Update : Kaspersky Internet Security 2014 juga boleh guna cara ini.

Saturday, November 9, 2013

[freeware] Aplikasi DVD Burner Terbaik

Kini kita jarang menggunakan CD atau DVD untuk bacukp data. Proses Burning DVD mengambil masa yang lebih berbanding dengan menyalin dari PC ke flash drive external HDD dan harga semasa flash drive dan extrenal HDD lebih murah oleh sebab itulah kita memilih untuk backup data ke dalam external hard drive.

Akan tetapi, adakalanya DVD atau CD juga masih perlu sebagai contohnya anda ingin copy DVD-Blueray, DVD jenis ini tidak berfungsi dengan cara copy and burn. Oleh itu disini sy menyenaraikan 6 aplikasi burner yang percuma dengan kata lain freeware.

Name: CDBurnerXP
Software Publisher: Canneverbe Limited
File size: 5.01MB
Download: http://www.cdburnerxp.se/en/download


Name: Ashampoo Burning Studio 6 FREE
Software Publisher: Ashampoo
File size: 9.95MB
Download: https://www.ashampoo.com/en/usd/pin/0710/Burning_Software/Ashampoo-Burning-Studio-6/Overview


Name: ImgBurn
Software Publisher: LIGHTNING UK
File size: 5.83MB
Download: http://www.imgburn.com/index.php?act=download


Name: Free Any Burn
Software Publisher: Power Software Ltd
File size: 928.5KB
Download: http://www.anyburn.com/download.htm


Name: InfraRecorder
Software Publisher: Christian Kindahl
File size: 9.96MB
Download: http://infrarecorder.org/?page_id=5


Name: IQmango Burner
Software Publisher: IQmango
File size: 17.16MB
Download: http://iqmango.com/DVDBurner.php


Sekian terima kasih
 "elakkan cetak rompak, belilah yang original"

Thursday, November 7, 2013

Install Windows XP From USB Flash Drive Include ISO File


Assalamualaikum dan salam sejahtera sy ucapakan. Sudah lama agaknya sy x update blog ini, mungkin disebabkan mood untuk update belum ada kot hihi. Jom teruskan pada ilmu yang akan sy kongsikan ini. Untuk pengetahuan anda, proses install Windows XP berbeza berbanding Windows 7 dan Windows 8 kerana Microsoft tidak membuat Windows XP di install dengan pemacu USB. Anda boleh install Windows 7 & Windows 8 dengan menggunakan tools official dari microsoft yang dikenali sebagai "Windows 7 USB/DVD Download tool"

WinSetupFromUSB adalah Perisian kecil yang dibangunkan oleh Ilko_t. Anda boleh membuat boot USB Flash Drive untuk memasang Windows XP dengan mudah.

Langkah 1
Download WinSetupFromUSB 1.0 dari winsetupfromusb
Windows XP ISO (no serial number)  sini

Langkah 2
Extract it > Buka WinSetupFromUSB_1-0-beta8.exe atau WinSetupFromUSB_1-0-beta8_x64.exe



Langkah 3
Pilih USB flash drive > check di "Auto format it with FBinst" > Cari cd drive yang ada Setup Windows XP > Pilih GO



Langkah 4
Restart laptop atau PC anda dan setting bios kepada pemacu USB, apabila setting itu selesai anda akan di boot pada pemacu USB . Gambaranya seperti dibawah ini


Yeah, mission accomplish wohoo :D 

Sunday, October 27, 2013

Remote Control Komputer


Assalamualaikum, apa khabar semua? harap2 kalian semua sihat sejahtera. Entry kali ini sy ingin kongsikan cara untuk mengawal pc anda dengan menggunakan android gadget. Untuk pengetahuan anda semua, sy telah uji tutorial ini dengan menggunakan phone samsung galaxy sIII + acer aspire 4738Z.

Fungsi-fungsi yang menariknya ialah:
  • mouse pad
  • game pad
  • file manager
  • media apps
  • power point
  • create remote ( user customize )  

Langkah 1
Download dahulu installer untuk android anda google playstore

Langkah 2
Download pula installer untuk pc anda:
Langkah 3
Turn On Bluetooth pada PC dan Android Gadget

Langkah 4
Pair device anda, setelah berjaya pair, gambaranya begini:


salah 1 fungsinya ( file manager )


salam jumaat semua, itu sahaja untuk hari ini. enjoy it :)

Saturday, October 26, 2013

Cara Membaiki .LNK (Shortcut) File Association Error

Assalamualaikum, tutorial ni sy nak share cara nak memperbaiki shortcut 'association error' yang menyebabkan default application-nya berubah kepada random aplikasi. Masalah ini berlaku disebabkan kelalian pergguna sendiri atau terkena virus jenis malware di mana ia cuba memperdaya pengguna supaya click icon tersebut sedangkan default application-nya sudah berubah kepada .exe yang dari asalnya .LNK

Gambaran Masalah

Our Gold To Be Like This

Tutorial:
Langkah 1
Download dahulu file nie lebih kurang 156kb yang berformat .reg

Win XP

Win 7 @ Vista

Langkah 2
Click @ Merge untuk tetapkan setting LNK kepada setting default

Langkah 3
Reboot
Siap

Thursday, October 24, 2013

Mematikan Fungsi Auto Check Disk

Auto check disk lebih dikenali dengan singkatannya chkdsk. Di dalam Windows fungsi ini akan dijalankan dengan automatik setelah komputer gagal untuk shutdown dengan sempurna. Fungsi ini akan menganalisis sistem file yang menyebabkan masalah di atas. Proses menganalisis ini bergantung kepada size hard disk anda.

Langkah 1
Click start -> RUN -> regedit

Langkah 2
HKEY_LOCAL_MACHINE -> SYSTEM -> CurrentControlSet -> Control -> Session Manager


Langkah 3
Selepas double click di BootExecute akan muncul command nie " autocheck autochk * ".
Untuk mematikan fungsi ini, anda gantikan sahaja command itu dengan ini

autocheck autochk /k:C * ( ini untuk partition c sahaja )

sekiranya anda ingin mematikan kesemua fungsi ini pada semua partition anda begini
autocheck autochk /k:C /k:D /k:E * ( multiple partition )

note:
/k:C = local disk C
/k:D = local disk D
/k:E = local disk E
/k:F = local disk F

Langkah 4
Tekan OK selepas selesai kesemua step di atas nie

Saturday, October 19, 2013

Pattern Lock Security

Pattern Lock adalah mekanisme keselamatan yang terdapat dalam Android dimana anda boleh menyambung titik yang berbeza bersama untuk membentuk corak dan membuka kunci skrin. Kini, anda boleh menggunakan keselamatan kunci corak di Windows 8 di samping dengan aplikasi pihak ketiga iaitu menggunakan app Enusing Lock Maze. Ini amat berguna pada tablet sentuh berasaskan menjalankan Windows 8.



Eusing Lock Maze menggunakan mekanisme kunci corak Android sama untuk mengunci / membuka pada Windows 8 anda. Apabila skrin dikunci, anda akan perlu memasukkan titik yang berbeza bersama-sama untuk membentuk corak yang telah ditetapkan sebelum anda boleh membuka kunci skrin.

Preview 









Kesimpulan

Enusing Lock Maze tidak mengatasi mekanisme keselamatan dalam Windows. Sebaliknya, anda boleh menggunakan Eusing Lock Maze adalah seperti lapisan tambahan keselamatan pada komputer anda. Jika anda telah mengkonfigurasi komputer anda akan dikunci selepas jumlah masa yang tertentu terbiar dan anda juga menggunakan Lock Maze Eusing, anda akan perlu memasukkan kata laluan anda terlebih dahulu dan kemudian 'draw pattern' untuk mengakses Desktop lagi. Gunakan utiliti ini dan kekal selamat.

Image Source: Enusing Lock Maze

Monday, October 14, 2013

Install .Net2.0 And .Net3.5 Offline In Windows 8

Assalamualaikum, selamat Hari Raya AidilAdha
Okay, tutorial ini berkenaan Windows 8 atau Windows 8.1 Kalau sebelum ini kita menggunakan Windows 7, kita boleh install/setup sebarang software tetapi pada Windows 8 ini berbeza sedikit kerana ia telah siap di install (pre-installed) dengan Net4 Untuk menggunakan applikasi yang biasa anda install di Windows 7 ia memerlukan Net2.0 atau Net3.5.



Disini ada 2 pilihan, online dan offline.

A.  Untuk online anda boleh download installer Net3.5


B. Untuk offline pula, follow step ini: ( require installation DVD or ISO )

1. Insert DVD atau ISO (boleh juga guna PowerISO)
2. Buka CMD dengan prompt administrator 
3. Copy and Paste commad ini (jangan enter)
DISM /Online /Enable-Feature /FeatureName:NetFx3 /All /LimitAccess /Source:d:\sources\sxs

 note: gantikan d dengan drive DVD atau ISO

4. Tekan enter dan tunggu sehingga siap.


5. Reboot

Sumber: Microsoft

© 2014 [CL] Cyber Lover. WP Wildweblab converted by Bloggertheme9