7000s
auto
Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts
Tuesday, December 24, 2013
Nokia SmartWatch
Jika anda memang sudah lama mengikuti perkembangan mengenai Nokia anda pasti pernah mendengar mengenai video Nokia Morph yang memaparkan satu peranti yang mempunyai reka bentuk seperti tablet dan boleh mengubah bentuk kepada telefon pintar dan juga jam pintar. Nokia telah memaparkan video ini di Muzium Kesenian moden yang bertempat di New York pada bulan Februari 2008 dan pada bulan Mac yang lalu, Nokia telah memfailkan hak cipta bagi teknologi dan kini terdapat kemungkinan besar teknologi ini diperkenalkan pada jam pintar Nokia yang akan dilancarkan kelak.
Menurut satu laporan hasil daripada maklumat sesorang yang arif dengan perkara ini, jam pintar daripada Nokia ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun hadapan dan walaupun Nokia akan diambil alih oleh Microsoft tahun hadapan, teknologi ini akan kekal bersama syarikat yang berpangkalan di Finland ini. Laporan ini turut mendakwa ketua bahagian ‘Emerging Devices’iaitu Axel Meyer dan Peter Skillman dikatatan sedang bekerjasama didalam projek yang menggunakan teknologi Kinetik Nokia. Teknologi ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk membengkokan dan memulas peranti tersebut.
Laporan terbaru ini memberikan petunjuk bahawa teknologi Nokia Morph pasti akan disertakan pada jam pintar Nokia dan Nokia berkata ini merupakan teknologi Nanoscale yang akan membuka kemungkinan untuk mewujudkan satu peranti yang mempunyai perbezaan radikal. Walaupun, kemungkinan untuk melihat teknologi Nokia Morph pada video ini menjadi kenyataan pada jam pintar ini, kami pasti Nokia akan hadir dengan sesuatu yang berbeza tahun hadapan
sumber: mobile88
Saturday, December 14, 2013
Mari Mengenali Storan USB Tiruan
Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu inipendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrivetersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.

Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packagingoriginal. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packagingstoran tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwritingsecara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarangerror sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.

Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi

Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.
sumber: amanz
sumber: amanz
Labels:
Copy Paste,
General,
Help,
Info,
International,
Software
Saturday, October 26, 2013
Cara Membaiki .LNK (Shortcut) File Association Error
Assalamualaikum, tutorial ni sy nak share cara nak memperbaiki shortcut 'association error' yang menyebabkan default application-nya berubah kepada random aplikasi. Masalah ini berlaku disebabkan kelalian pergguna sendiri atau terkena virus jenis malware di mana ia cuba memperdaya pengguna supaya click icon tersebut sedangkan default application-nya sudah berubah kepada .exe yang dari asalnya .LNK
Gambaran Masalah
Our Gold To Be Like This
Tutorial:
Langkah 1
Download dahulu file nie lebih kurang 156kb yang berformat .reg
Win XP
Win 7 @ Vista
Langkah 2
Click @ Merge untuk tetapkan setting LNK kepada setting default
Langkah 3
Reboot
Siap
Labels:
General,
Info,
Software,
Tip's and Trick's,
Tutorial
Memasang Shortcut CP Pada Right Click
Assalamualaikum kepada semua pengunjung www.blog-izam.my. Mula2 saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa nak kemas ni. Kemas ke x kemas itu nombor dua kerana penubuhan blog ini sekadar untuk perkongsian ilmu dan informasi sahaja. Pada masa yang terluang ini, saya ingin konsgikan sedikit tutorial sepertimana tajuk article ini
Control Panel yang saya maksudkan disini adalah pada sistem operasi windows. Jangan tertukar pula dengan CPANEL ya. hihi. Tujuan membuat short-cut untuk memudahkan kerja sahaja, hanya 1 click sahaja dapat akses control panel ini.
Ikut Langkah-Langkah Seperti Ni:
1. Buka Command Prompt dan taip regedit atau tekan keyboard logo windows + R dan taip regedit.
2. Sekarang navigate melalui sub-sub menu hingga ke sini HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\Background\shell
3. Kemudian, tekan right click pada shell dan pilih new > key > save kepada Control Panel.
4. Sekarang tekan right click semula pada key Control Panel > key > save kepada Command
5. Selepas itu, di dalam command click pada (Default) tukarkan value kepada rundll32.exe shell32.dll,Control_RunDLL dan pilih OK.
6. Kerja anda sudah pun selesai, sekarang close regedit. Pergi ke desktop dan cuba right click, nampak x?
Control Panel yang saya maksudkan disini adalah pada sistem operasi windows. Jangan tertukar pula dengan CPANEL ya. hihi. Tujuan membuat short-cut untuk memudahkan kerja sahaja, hanya 1 click sahaja dapat akses control panel ini.
Ikut Langkah-Langkah Seperti Ni:
1. Buka Command Prompt dan taip regedit atau tekan keyboard logo windows + R dan taip regedit.
2. Sekarang navigate melalui sub-sub menu hingga ke sini HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\Background\shell
3. Kemudian, tekan right click pada shell dan pilih new > key > save kepada Control Panel.
4. Sekarang tekan right click semula pada key Control Panel > key > save kepada Command
5. Selepas itu, di dalam command click pada (Default) tukarkan value kepada rundll32.exe shell32.dll,Control_RunDLL dan pilih OK.
6. Kerja anda sudah pun selesai, sekarang close regedit. Pergi ke desktop dan cuba right click, nampak x?
SEKIAN, SELAMAT MENCUBA
Labels:
Dari Kepala Otak Aku,
General,
Info,
Tip's and Trick's,
Tutorial
Thursday, October 24, 2013
Cara Download Document dari Scribd.com
Assalamualaikum, pertama sekali sy ingin minta maaf kerana tidak dapat update blog ini secara teratur kerana masih sibuk dengan practical dan final report practical. Bercakap mengenai final report ini, ada member sy bertanyakan mengenai masalahnya untuk download document dari scribd.com. Jadi sebagai penyelesaianya, sy ingin kongsikan cara hendak download document dari scribd.com dengan percuma. Dengan follow step by step disini, anda pasti dapat download article tersebut.
Langkah 1
note: sila connect applikasi scribd.com dengan facebook anda sebagai ganti register menggunakan email.
- Masukkan tajuk article yang ingin anda cari di sini
- Contoh : pembinaan infrastruktur
Search Box by Izam-Lukman
Langkah 2
- Ikut gambar dibawah ni
- Pada step ini, anda perlu sediakan document anda untuk di trade-in dengan scribd.com ( *.doc *.docx *.ppt dan apa2 extension yang dibenarkan )
- Tekan select files to upload dan sila tunggu sehingga prosses upload selesai
- Sila isi title, description, category, topic, type dan tags ( isi jer, merapu pun x apa )
- Pastikan Score anda banyak (lagi banyak score, lagi senang nak dapat )
Langkah 3
- Tujuan kita adalah untuk download, jadi tekan jer Return to (pembinaan infrastruktur) to download it.
Labels:
Dari Kepala Otak Aku,
General,
Info,
Tip's and Trick's,
Tutorial
Wednesday, October 23, 2013
Cara Remove Picasa Web Album Pada Android
Assalamualaikum, apa khabar semua? harap2 anda semua sihat sejahtera. Pada tutorial kali ini saya akan kongsikan cara-cara untuk remove Picasa Web Album dari gadget android.
Sebagai seorang blogger, tidak asing lagi bagi mereka untuk upload gambar pada Picasa Web Album. Oleh itu,apabila anda menghubungkan akaun gmail pada gadget android, secara automatik ia akan download seluruh album picasa tersebut setelah terhubung pada internet. Jadi ia akan menyebabkan folder pada gallery anda akan bertambah dan ianya tidak boleh di remove or di delete.
SEBELUM ^_^
( logo picasa )
Sebagai jalan altenatif untuk menghilangkan Picasa Web Album ini, anda boleh follow step-by-step yang telah saya sediakan disini.
1. Mematikan fungsi download automatik di gallery.
- buka gallery -> setting -> buang tanda pada Sync on Wi-Fi only
2. Remove data pada gallery
- setting -> application manager -> pilih tab all dan cari gallery -> clear data
note: jangan bimbang, prosses ini tidak akan delete image yang ada pada sd card dan phone card.
SELEPAS
Shortcut di Dalam SentTo
Tujuan tutorial ini adalah seperti gambar di bawah ini:
Langkah 1: Klik START > Taip Shell:Sendto
Langkah 2: Buat lah apa2 shortcut @ folder
sumber: blogs.msdn.com
Langkah 1: Klik START > Taip Shell:Sendto
Langkah 2: Buat lah apa2 shortcut @ folder
sumber: blogs.msdn.com
itu sahaja dari admin, selamat malam semua pembaca.
<3 ENJOY 8>
Tuesday, October 22, 2013
Cara Mudah Download Image Dari Website
Alahamdulillah, bersyukur kepada Allah Taala kerana diberikan kelapangan waktu untuk saya update blog ini. Tutorial ini adalah untuk berkongsi cara-cara untuk download image dengan mudah dengan menggunakan Mozilla Fire Fox.
Apa yang anda perlukan adalah:
- Mozilla Fire Fox
- Link Contain Image ( test: Buka Link Ini Untuk Cuba )
- Kesabaran
- Rasa ingin tahu
Langkah 1: Buka mozilla fire fox anda
Langkah 2: Buka link yang saya sediakan di atas. Tunggu sehingga siap loading
Langkah 3: RMB ( Right Mouse Button ) tekan View Page Info
Langkah 4: Kemudian keluar paparan seperti ini. Pilih tab Media, akan keluar banyak link kat situ.
Langkah 5: Select all link tu, tekan pula Save As dan pilih lokasi image akan di save. Siap.
note: sekiranya blogspot itu attach banyak image, ia akan menyebabkan komputer anda
lag kerana penggunaan memory yang banyak. perhatikan size memory.
kenapa saya memilih blogspot?
sebabnya kebanyakkan blogspot boleh menggunakan ini > /feeds/posts/default. sekiranya ada website lain yang menyokong feed boleh lah anda menggunakan tutorial ini.
SEKIAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MENCUBA.
Sunday, August 25, 2013
Future Technology of Glass
Mungkinkah kita atau anak cucu kita akan menikmati kecanggihan teknologi kaca seperti ini pada masa yang akan datang?
Anonymous Menyerang Bank Persekutuan Amerika Syarikat
Beberapa hari lalu, Anonymous telah membocorkan data dari rangkaian FBI. Tidak lebih dari 2 hari selepas kejadian tersebut, Anonymous telah membocorkan butiran pekerja bank persekutuan Amerika Syarikat kerana FBI membuat tuntuan untuk membongkar Anonymous.
Kebocoran data peribadi itu disiarkan pada Twitter, oleh penggodam Anonymous dalam #OpLastResort. Berikut adalah screen shot laman Twitter #OpLastResort
![]() |
https://twitter.com/OpLastResort |
Data yang telah membocorkan boleh dilihat dari pautan ini.
Pihak FBI tidak akan berdiam diri dari serangan ini kerana meraka berusaha untuk membongkar kumpulan penggodam ini. Menurut phiak FBI, kumpulan penggodam ini ingin bermain-main dengan pihak FBI dengan melakukan serangan keatas laman sesawang milik Amerika Syarikat.
Wednesday, August 21, 2013
Kata-Kata Hikmah Dari Programmer
Sedikit pengenalan kepada Bill Gates [Read More]
William Henry Gates III (dilahirkan pada 28 Oktober 1955) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates, merupakan sorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu.
“Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own room.” ― Bill Gates
“Don't compare yourself with anyone in this world...if you do so, you are insulting yourself.” ― Bill Gates
“If you can't make it good, at least make it look good.” ― Bill Gates
“I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft.” ― Bill Gates
“Your most unhappy customers are your greatest source of learning.” ― Bill Gates
“I studied every thing but never topped.... But today the toppers of the best universities are my employees” ― Bill Gates
“I choose a lazy person to do a hard job. Because a lazy person will find an easy way to do it.” ― Bill Gates
“I'm cooler than you. WAAAY cooler.” ― Bill Gates
“The world won't care about your self-esteem. The world will
expect you to accomplish something BEFORE you feel good about
yourself.” ― Bill Gates
“If you give people tools, and they use their natural abilities and their curiosity, they will develop things in ways that will surprise you very much beyond what you might have expected.” ― Bill Gates
“I really had a lot of dreams when I was a kid, and I think a great deal of that grew out of the fact that I had a chance to read a lot.” ― Bill Gates
“Success is a lousy teacher. It seduces smart people into thinking they can't lose.” ― Bill Gates
“Most people overestimate what they can do in one year and underestimate what they can do in ten years.”― Bill Gates
“Life is not fair get used to used to it” ― Bill Gates
“As we look ahead into the next century, leaders will be those who empower others.” ― Bill Gates
“Just in terms of allocation of time resources, religion is not very efficient. There`s a lot more I could be doing on a Sunday morning.” ― Bill Gates
“Airplane travel is nature's way of making you look like your passport photo.” ― Bill Gates
“DNA is like a computer program but far, far more advanced than any software ever created.” ― Bill Gates
“Computers are great because when you're working with them you get immediate results that let you know if your program works. It's feedback you don't get from many other things.” ― Bill Gates
“Life's not fair, get over it!” ― Bill Gates
“Lakukan apa yang kamu suka dan jadikan itu bisnis” ― Bill Gates
“Our success has really been based on partnerships from the very beginning.” ― Bill Gates
“in china when you're one in a million, there are 1300 people just like you” ― Bill Gates
“Success is a lousy teacher.It seduces smart people into thinking they can't lose” ― Bill Gates
“Life is not fair; get used to it.” ― Bill Gates
“Success is a lousy teacher. It makes smart people think they can't lose.” ― Bill Gates
“Measuring programming progress by lines of code is like measuring aircraft building progress by weight.” ― Bill Gates
“If you are born poor its not your mistake, But if you die poor its your mistake.” ― Bill Gates
“The vision is really about empowering workers giving them all the information about what’s going on so they can do a lot more than they've done in the past.” ― Bill Gates
“So it's an absolute lie that has killed thousands of kids. Because the mothers who heard that lie, many of them didn't have their kids take either pertussis or measles vaccine, and their children are dead today. And so the people who go and engage in those anti-vaccine efforts -- you know, they, they kill children. It's a very sad thing, because these vaccines are important.” ― Bill Gates
Wednesday, July 3, 2013
Ketahui Sensor Tersembunyi Dan Inovasi Samsung S4
Samsung semata-mata memberi tumpuan kepada hanya ciri-ciri baru utama semasa baru-baru ini mengumumkan model telefon pintar perdana mereka - S4 Galaxy. Walau bagaimanapun, telefon pintar ini mempunyai lebih banyak sensor dan fungsi baru yang inovatif di bawah hood. Berikut adalah senarai yang komprehensif inovasi baru dan sensor telefon ini mempunyai yang terlepas liputan media awal.
The smartphone can easily be honored the smartest phone of all as it is able to detect and interact with a user’s face, voice, motion, and the surrounding environment. The "most sensible smartphone" includes :
- Temperature, Humidity and Barometer Sensor – provides vital surrounding environment data.
- RGB Light Sensor (Samsung Adapt Display) – Measures the red, green, blue, and white intensity of the light source.
- Gesture Sensor– recognizes the user’s hand movements using infrared rays
- Face Recognition- used for Smart Pause, and Samsung Smart Scroll as reviewed earlier.
- Finger Hovering- measures electric currents that change when the user’s hand is in close proximity to the touch screen.
- The usual Accelerometer, Proximity Sensor, Geomagnetic Sensor (Digital Compass MAP) and Gyro Sensor (Smart Rotation).
Apart from the sensors here is a list of handy new features :
- Supports 802.11ac 5th generation Wi-Fi standard with theoretical one Gigabyte per second Bandwidth.
- Mobile High-Definition Link (MHL) version 2.0 which allows consumers to connect mobile phones, tablets and other portable consumer electronics (CE) devices to high-definition televisions (HDTVs) and audio receivers.
- Emergency Snap Shots features simultaneously clicks photos using the front and rear camera and send them to your predefined emergency contact numbers.
- Exynos 5 Octa with Wolfson WM5102 audio chipset for best audio quality.
- Even tougher Gorilla Glass 3.
- Hyper sensitive touch to let users use there device with gloves on.
- Mobeam feature which uses an existing light source on a mobile phone to mimic the black- and-white pattern of a standard barcode. Instead of reading the reflection from a printed barcode, the scanner "sees"" the blinking light—with the same result. This allows Mobeam-enabled phones to be read by any POS laser scanner.
Labels:
Dari Kepala Otak Aku,
General,
Info,
International
Tuesday, June 25, 2013
Aplikasi Digital Untuk 'Maklumat Jerebu'
Angin yang membawa jerebu kini datang pula ke Malaysia yang mengakibatkan pelbagai kawasan terjejas terutama Muar, Port Dickson dan Pelabuhan Klang, menimbulkan suasana kurang senang di kalangan rakyat negara ini.
Pelbagai aktiviti terjejas, sesi persekolahan dibatalkan dan pejabat ditutup. Tambahan pula, sumber maklumat untuk mengetahui bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang diperoleh dari Jabatan Alam Sekitar sedikit terjejas apabila laman webnya sering 'down' apabila dilayari dalam jumlah yang besar.
Kemaskini pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang tidak dapat diakses. Nasib baik, beberapa aplikasi lain masih boleh diterima sebagai sumber data dan maklumat yang mengurangkan kegelisahan. Nampaknya, beberapa agensi bertanggungjawab perlu memahami kepentingan mendapatkan maklumat pantas dalam dunia digital pada masa sekarang.
Pelbagai aktiviti terjejas, sesi persekolahan dibatalkan dan pejabat ditutup. Tambahan pula, sumber maklumat untuk mengetahui bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang diperoleh dari Jabatan Alam Sekitar sedikit terjejas apabila laman webnya sering 'down' apabila dilayari dalam jumlah yang besar.
Kemaskini pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang tidak dapat diakses. Nasib baik, beberapa aplikasi lain masih boleh diterima sebagai sumber data dan maklumat yang mengurangkan kegelisahan. Nampaknya, beberapa agensi bertanggungjawab perlu memahami kepentingan mendapatkan maklumat pantas dalam dunia digital pada masa sekarang.
Antara laman berasaskan web pertama yang membolehkan pengguna internet mendapatkan maklumat pantas ialah aqicn.org yang memaparkan IPU secara visual dengan peta masa sebenar di semua lokasi di Malaysia. Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan bacaan di China, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, India/Delhi, Thailand, Singapura, Mongolia/Ulaanbaatar, Vietnam dan Australia bagi kawasan Asia.
Anda taip saja laman tersebut sebelum pilih negara yang diingini. Visual peta diperoleh melalui Google Maps yang dihubungkan dengan bacaan IPU semasa. Laman web ini jarang mengalami masalah jadi ia pilihan terbaik setakat ini.
Anda taip saja laman tersebut sebelum pilih negara yang diingini. Visual peta diperoleh melalui Google Maps yang dihubungkan dengan bacaan IPU semasa. Laman web ini jarang mengalami masalah jadi ia pilihan terbaik setakat ini.
Satu aplikasi yang dilahirkan rakyat negara ini ialah apps.evozi.com/myapi (turut didapati berasaskan web) turut membolehkan memilih bacaan IPU khusus di negara ini. Setakat dalam pemerhatian, ia memperoleh maklumat berasaskan Jabatan Alam Sekitar yang direka semula dalam antaramuka baru. Ia juga jarang mengalami keadaan down dan mudah diakses melalui telefon pintar anda. Terdapat 52 kawasan di seluruh Malaysia dan anda perlu klik di bahagian atas untuk mendapatkan lokasi yang diingini.
Satu lagi maklumat berguna boleh terus didapati dalam laman Facebook di mana terdapat 'Page Haze Information' yang menyalurkan maklumat berguna termasuk catatan IPU, cara memakai topeng, lokasi yang terjejas, berita semasa, maklumat (penutupan sekolah dan sebagainya), foto yang dihantar dan notis.
Tidak dilupakan, Google Earth yang memaparkan kawasan 'hotspot' iaitu lokasi berlaku kebakaran melalui pengesan dari satelit mereka.
Friday, June 21, 2013
Windows 8.1
Untuk mereka yang rindu akan butang Start dari versi Windows terdahulu, anda pasti tertanya-tanya mana perginya butang ini di dalam Windows 8. Microsoft telah mendengar aduan pengguna dan akan memperkenalkan semula butang ini dalam versi naiktaraf Windows yang seterusnya – Windows 8.1.
Beberapa fungsi lain juga akan diperkenalkan di dalam Windows 8.1- termasuklah fungsi untuk meletakkan gambar kesukaan anda sebagai gambar latarbelakang untuk Start Menu. Selain dari itu, Microsoft juga akan mula menggunakan Bing sebagai enjin pencarian di dalam Windows 8.1.
Versi Windows ini akan diberikan secara percuma untuk pemilik lesen Windows 8. Versi beta untuk perisian ini akan dilancarkan tidak lama lagi untuk mereka yang mahu mencubanya terlebih dahulu.
Beberapa fungsi lain juga akan diperkenalkan di dalam Windows 8.1- termasuklah fungsi untuk meletakkan gambar kesukaan anda sebagai gambar latarbelakang untuk Start Menu. Selain dari itu, Microsoft juga akan mula menggunakan Bing sebagai enjin pencarian di dalam Windows 8.1.
Versi Windows ini akan diberikan secara percuma untuk pemilik lesen Windows 8. Versi beta untuk perisian ini akan dilancarkan tidak lama lagi untuk mereka yang mahu mencubanya terlebih dahulu.
Saturday, June 8, 2013
Menyimpan Webpage Sebagai PDF
Assalamualaikum, tutorial kali ini saya ingin kongsikan cara bagaimana cara untuk save webpage sebagai PDF dengan menggunakan peranti ANDROID. Di sini telah saya sertakan installer APK (Android aPplication pacKage ), kerana kemungkinan tablet tiruan tidak boleh detect model dan ini akan menyebabkan ia gagal di download dari Play Store.
Kelebihan menggunakan applikasi ini
Dapat menyimpan pelbagai webpage dan dapat lihat semula dengan offline.
- dapat membuat record webpage
- menyimpan image
- menyimpan peta
- berkongsi dengan rakan
- boleh share melalui gmail, dropbox dan lain-lain
Langkah 1: Download dan install file web snapshots.
Langkah 2: Buka browser pada gajet android anda dan taipkan link yang anda ingin simpan webpage sebagai pdf ( recommended Google Crome )
Langkah 3: Tekan menu, akan keluar paparan seperti ini dan pilih share
*just nak tunjuk step sahaja, potong stim betul internet tak masuk hihi
Langkah 4: Pilih Web Snapshots
Langkah 5: Terdapat 2 pilihan disini, terpulang pada kehendak anda. Jadi saya akan pilih Full PDF.
Langkah 6: Hasilnya akan keluar begini.
*untuk buka file PDF tu, click sahaja seperti dalam bulatan itu
Untuk melihat PDF didalam device memoryvyang telah anda save boleh cari sebegini
Buka My Files > storage > sdcard0 > Web Snapshots
Play Store
Mirror Link
Size APK: 215.89KB
Labels:
Android,
Dari Kepala Otak Aku,
General,
Info,
SGS3,
Tip's and Trick's,
Tutorial
Subscribe to:
Posts (Atom)
2000s
Sila LIKE untuk terus membaca. TQ :)
Advertise Here
Recent Posts
Add to Circle
Popular Posts
-
Assalamualaikum, apa khabar? tiga hari lepas sy ada share dengan anda cara hack game pada android di mana ia memerlukan 'user permission...
-
Assalamualaikum, apa khabar readers and visitor CL. Macam mana puasa korang, ok? Ke dah ada yang KO? Anda pernah x main game Candy Crush S...
-
Assalamualaikum, article kali ini sy ingin kongsikan dengan anda cara hack Despicable Me: Minion Rush Hack tanpa memerlukan root atau pun s...
-
Assalamualaikum, asyik-asyik info cyber jer bosan jugak, kan? Okey, entry kali ni sy nk share tutorial cara nak buat facebook cover photo y...
-
Laman web Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai ...
-
Menurut laporan daripada pelancaraan di Taiwan, mereka berkata bahawa Galaxy J ini mempunyai potensi dan sebab yang baik untuk dibeli. Wala...
-
Gru’s loyal, yellow, gibberish-speaking Minions are ready for their toughest challenge in Despicable Me: Minion Rush. Play as a Minion and c...
-
Assalamualaikum, entry kali ini ada berkaitan Tip's and Trick's pada Facebook . Sepeti nama entry ini juga, script ini berfungsi u...
-
Assalamualaikum, sejak berada di kampung ni rutin nak update blog memang terbantut kerana kawasan internet connection tak menepati cita rasa...
-
Assalamualaikum, apa khabar semua. Harap2 anda semua sihat belaka. Di kesempatan ini, sy ingin kongsikan aplikasi GPS yang terkenal di dalam...
Follow on FaceBook
Categories
- Android
- Android Tricks
- Anonymous
- Anti Virus
- Blogger Tutorial
- Copy Paste
- Dari Kepala Otak Aku
- Facebook Tool
- Facebook Trick
- Free Android Apk
- Galaxy
- General
- Get Acces Token Facebook
- Google Script
- GPS
- Hacking
- Help
- Info
- International
- iPhone Bug
- Islamic
- Joking
- MYNIC
- Rooted
- Samsung
- Script
- SGS3
- Software
- Tip's and Trick's
- Tutorial
- Tv Online
- Un-Root
- Video Tutorial