Tuesday, December 24, 2013

Nokia SmartWatch


Jika anda memang sudah lama mengikuti perkembangan mengenai Nokia anda pasti pernah mendengar mengenai video Nokia Morph yang memaparkan satu peranti yang mempunyai reka bentuk seperti tablet dan boleh mengubah bentuk kepada telefon pintar dan juga jam pintar. Nokia telah memaparkan video ini di Muzium Kesenian moden yang bertempat di New York pada bulan Februari 2008 dan pada bulan Mac yang lalu, Nokia telah memfailkan hak cipta bagi teknologi dan kini terdapat kemungkinan besar teknologi ini diperkenalkan pada jam pintar Nokia yang akan dilancarkan kelak.

Menurut satu laporan hasil daripada maklumat sesorang yang arif dengan perkara ini, jam pintar daripada Nokia ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun hadapan dan walaupun Nokia akan diambil alih oleh Microsoft tahun hadapan, teknologi ini akan kekal bersama syarikat yang berpangkalan di Finland ini. Laporan ini turut mendakwa ketua bahagian ‘Emerging Devices’iaitu Axel Meyer dan Peter Skillman dikatatan sedang bekerjasama didalam projek yang menggunakan teknologi Kinetik Nokia. Teknologi ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk membengkokan dan memulas peranti tersebut.

Laporan terbaru ini memberikan petunjuk bahawa teknologi Nokia Morph pasti akan disertakan pada jam pintar Nokia dan Nokia berkata ini merupakan teknologi Nanoscale yang akan membuka kemungkinan untuk mewujudkan satu peranti yang mempunyai perbezaan radikal. Walaupun, kemungkinan untuk melihat teknologi Nokia Morph pada video ini menjadi kenyataan pada jam pintar ini, kami pasti Nokia akan hadir dengan sesuatu yang berbeza tahun hadapan



sumber: mobile88

No comments:

Post a Comment

© 2014 [CL] Cyber Lover. WP Wildweblab converted by Bloggertheme9