Wednesday, December 18, 2013

Chasis Besi Tidak Akan Dilancarkan Pada Galaxy S5


Sejak kebelakangan ini kita telah melihat banyak laporan mengenai Samsung Galaxy S5 yang akan dilancarkan kelak dan jika satu perkara yang sering kali dilaporkan ia adalah mengenai penggunaan besi pada chasis Galaxy S5 ini. Walaupun Galaxy S4 kekal sebagai model utama mereka dan dihampir pasti akan menjadi peranti Android nombor satu, Samsung dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjualan model ini walaupun mendapat sambutan hangat ketika baru dilancarkan dengan Samsung menerima kritikan hebat disebabkan rekaan Galaxy S4 yang berasakan plastik dan tidak mengikut jejak langkah HTC yang hadir dengan reka bentuk besi pada HTC One.

Dengan segala khabar angin mengenai Galaxy S5 akan hadir dengan chasis besi adakah kita akan melihat berakhirnya era penggunaan plastik pada peranti Galaxy Samsung? mungkin tidak jika laporan terbaru yang diterbitkan oleh pembuat chasis yang berpangkalan di Taiwan benar. Pembuat chasis ini menyatakan kemungkinan Samsung menawarkan Galaxy S5 dengan reka bentuk besi adalah sangat kecil kerana model Galaxy S5 akan dilancarkan pada penghujung bulan Ferbruari 2014 dan setakat ini pembuatan besar-besaran chasis ini tidak dimulakan.

Walaupun sumber yang sama berkata bahawa syarikat yang berpangkalan di Korea ini masih mengkji kemungkinan penggunaa chasis besi, Samsung kini merupakan pengeluar telefon pintar berasakan plastik terbesar didunia dan tiada sebab kenapa Samsung harus berubah kepada reka bentuk lain. Laporan ini berkata bahawa sebagai langkah mengurangkan kos pembuatan, Samsung mungkin akan mengunakan bahan seperti gentian kaca / plastik atau karbon fiber / plastik untuk telefon pintar pada masa akan datang.

Jika Samsung membuat keputusan untuk memperkenalkan chasis besi pada Galaxy S5, model ini pasti akan mendapat sambutan yang menggalakan kerana ramai pengguna beranggapan reka bentuk berasaskan plastik memberikan gambaran sebuah telefon pintar yang murah lebih lebih lagi apabilan dibandingkan dengan iPhone 5S dan HTC One.

sumber: Mobile88

No comments:

Post a Comment

© 2014 [CL] Cyber Lover. WP Wildweblab converted by Bloggertheme9