Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami
Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. - BHarian
7000s
auto
Friday, September 27, 2013
Isteri Mat Yo Mohon Maaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2000s
Sila LIKE untuk terus membaca. TQ :)
Advertise Here
Recent Posts
Add to Circle
Popular Posts
-
Assalamualaikum, apa khabar? tiga hari lepas sy ada share dengan anda cara hack game pada android di mana ia memerlukan 'user permission...
-
Assalamualaikum, apa khabar readers and visitor CL. Macam mana puasa korang, ok? Ke dah ada yang KO? Anda pernah x main game Candy Crush S...
-
Assalamualaikum, article kali ini sy ingin kongsikan dengan anda cara hack Despicable Me: Minion Rush Hack tanpa memerlukan root atau pun s...
-
Assalamualaikum, asyik-asyik info cyber jer bosan jugak, kan? Okey, entry kali ni sy nk share tutorial cara nak buat facebook cover photo y...
-
Laman web Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai ...
-
Menurut laporan daripada pelancaraan di Taiwan, mereka berkata bahawa Galaxy J ini mempunyai potensi dan sebab yang baik untuk dibeli. Wala...
-
Gru’s loyal, yellow, gibberish-speaking Minions are ready for their toughest challenge in Despicable Me: Minion Rush. Play as a Minion and c...
-
Assalamualaikum, entry kali ini ada berkaitan Tip's and Trick's pada Facebook . Sepeti nama entry ini juga, script ini berfungsi u...
-
Assalamualaikum, apa khabar semua. Harap2 anda semua sihat belaka. Di kesempatan ini, sy ingin kongsikan aplikasi GPS yang terkenal di dalam...
-
Assalamualaikum, sejak berada di kampung ni rutin nak update blog memang terbantut kerana kawasan internet connection tak menepati cita rasa...
Follow on FaceBook
Categories
- Android
- Android Tricks
- Anonymous
- Anti Virus
- Blogger Tutorial
- Copy Paste
- Dari Kepala Otak Aku
- Facebook Tool
- Facebook Trick
- Free Android Apk
- Galaxy
- General
- Get Acces Token Facebook
- Google Script
- GPS
- Hacking
- Help
- Info
- International
- iPhone Bug
- Islamic
- Joking
- MYNIC
- Rooted
- Samsung
- Script
- SGS3
- Software
- Tip's and Trick's
- Tutorial
- Tv Online
- Un-Root
- Video Tutorial
No comments:
Post a Comment